Followers

Friday, October 11, 2019

Team PPD Daro Juara Bolasepak 16TKB Peringkat Zon Tengah 2 Sarawak

Pertandingan Pembangunan Bola Sepak 16TKB Peringkat Zon Tengah 2 Negeri Sarawak telah dikelolakan oleh PPD Daro bersama SMK Belawai & Sekolah Sekitar Daerah Tanjong Manis telah melabuhkan tirainya. Pertandingan telah diadakan bermula 9 hingga 11 Oktober 2019 bertempat di SMK Belawai.
PPD Daro telah berjaya mengalahkan juara bertahan, PPD Kapit, sekaligus menjadikan PPD daro sebagai johan pada tahun ini dengan membawa pulang piala pusingan.






Pengurus Pasukan : Haji Bahron Bin Haji Othman (Pengetua SMK Belawai)

Timb Pengurus: En. Muliadi (Menjalankan Tugas PKKo SMK Belawai)

Pertandingan kali ini dilatih oleh:

Ketua Jurulatih :: Ustaz Awang Sharulnizam (SMK Belawai)
Jurukatih: En Jeme (SMK Belawai)
Rafiq (SMK TPDPH Normah)
Aizul (SMK Matu)

Urusetia: En Abdullah (SMK Semop)

Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan.
🥇Johan : PPD Daro
🥈Naib Johan : PPD Kapit
🥉tempat ke-3 : PPD Song
Tempat ke-4 : PPD Sibu

Tahniah buat:
Raof bin Sapi’e dari pasukan Daro (SMK Belawai) kerana berjaya merangkul gelaran Pemain Terbaik kejohanan

Muhammad Luqman Al-Hakim bin Abdullah Sefia dari pasukan Daro (SMK Semop) menjadi Penjaring Gol Terbanyak

Nur Aiman Nadhir bin Arman Effendi dari pasukan Sibu menjadi Penjaga Gol Terbaik kejohanan

SMK Belawai the best!!!

No comments:

Post a Comment