Followers

Thursday, October 31, 2019

Admin Sertai Program Explore Race KBS Siri 2/2019

Permainan Kotak Beracun

Aktiviti : KOTAK BERACUN
Pemain : Kumpulan
Tempat: Kawasan Lapang
Peralatan: Kotak

Perlaksanaan Permainan Kotak beracun

Peserta perlu membuat bulatan lengkap (tidak boleh berlapis-lapis).
Salah seorang peserta memegang kotak. Sebaik sahaja musik dimainkan, peserta tersebut perlu memberikan kotak tersebut kepada peserta disebelahnya dan diteruskan sehingga musik berhenti.
Peserta yang memegang kotak akan mencabut kertas undian dalam kotak beracun.(Peserta yang mendapat kertas berwarna hitam akan bangun dan berdiri di tengah-tengah bulatan).
Peserta perlu membuat tugasan yang diberi oleh fasilitator. (Soalan adalah tertakluk kepada fasilitator)
Sekiranya peserta tidak dapat membuat tugasan yang diberikan. Fasilitator berhak memberi peluang kedua dan menukar soalan tersebut, ataupun meneruskan semula dengan peserta yang lain. 

Tahap 1
Menyebut rukun wuduk/ lafaz  niat/ 
doa selepas wuduk.
Menyenaraikan 13 rukun  solat.
Menyebut Sebahagian Bacaan dalam solat.
Tahap 2
Menyebut 13 Rukun Fi’li,Qauli,Qalbi dalam  solat.
Seorang daripada peserta menunjuk cara amali solat dengan betul.
Membaca salah satu bacaan dalam solat (Takbiratul ihram/ doa iftitah/ surah al-Fatihah/ bacaan rukuk/bacaan iktidal/ bacaan sujud/ bacaan duduk di antara sujud/ bacaan tasyahud akhir/salam.

Tambahan Tahap 2

Tahun 4:

Menyenaraikan Syarat-syarat wajib solat.
Menyenaraikan Syarat sah solat.
Menyenaraikan Perkara yang membatalkan solat.

Tahun 5:

Menyenaraikan Rukun-rukun Tayamum.
Azan/ Iqamah/Doa selepas azan.
Muafik / Masbuk.

Tahun 6:

Solat Jenazah ( Lafaz & Niat Solat Jenazah ).
Menerangkan cara  melakukan Solat Jenazah.
Kedudukan solat jenazah.
Solat Jemaah (Kedudukan Solat Jemaah, Hukum solat jemaah).




Seronok layan kerenah anak2 hari ini....



No comments:

Post a Comment