Followers

Friday, October 11, 2019

Jom sama- sama kita amalkan

" Doa yang menjadi rebutan para malaikat " بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Doa ini hanya ringkas dan pendek namun menjadi rebutan para malaikat, iaitu bacaan doa : الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ Segala puji bagi Allah (aku memujiNya) dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh keberkatan. Doa ini dibaca di dua tempat di dalam solat : 1) Doa iftitah (selepas angkat takbir permulaan solat) Nabi saw bersabda kepada orang yang mengucapkan doa ini : رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا ، أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ “Aku melihat 30 lebih malaikat berebut-rebut siapakah di antara mereka yang lebih dulu mencatat amalannya.” (Imam al-Bukhari) 2) Ketika iktidal Nabi saw pernah mendengar ada sahabat yang membaca doa ketika iktidal (bangkit dari ruku') . kemdian beliau mengatakan, لَقَدْ رَأَيْتُ اثْنَىْ عَشَرَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَرْفَعُهَا Saya melihat ada 12 malaikat yang berebut untuk menghantarkan doa ini (kepada Allah). (Imam Muslim). Semoga Allah memberi taufik kepada kita agar dapat mengamalkan sunnah ini. Aamiin

No comments:

Post a Comment