Followers

Friday, May 31, 2019

Selamat Hari GAWAI Buat Semua Warga Dayak



Jom Tunaikan Zakat Sebelum Terlambat

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
✅ Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
✅ Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
✅ Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
✅ Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
✅ Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya...



#27Ramadhan

Thursday, May 23, 2019

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan...Jom Sama2 Kita Tingkatkan AmalbKita

Tazkirah oleh:
Dato' Dr Fatma El-Zahra
Surau Al-Islah
Taman Seri  Keramat

๐Ÿ“ŒBagi yg merasakan kurang berpuas hati dgn  ibadah puasanya sejak dr hari pertama berpuasa,  anda  tidak perlu risau.  Kerana masih ada peluang lagi yg Allah berikan. Peluang terakhir ramadhan itu adalah pd 10 malam terakhir.
๐Ÿ“ŒPd 10 mlm terakhir ini,  banyakkan berjaga  di sebelah malam. (biarlah pd 10 mlm terakhir ini, waktu kita bertukar. Sblh siang, rehat/tidur secukupnya utk kita berjaga/beribadah di sebelah malam.
๐Ÿ“ŒJika perlu, ambillah supplemen tambahan agar kita tetap sihat/cergas pd mlm2 itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah.
๐Ÿ“ŒBangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dgn solat, zikir dan mengaji Al-Quran
๐Ÿ“ŒKurangkan menonton tv pd mlm2 ini
๐Ÿ“ŒBermula dari sekarang dan sepanjang 10 mlm terakhir, *jangan tinggal doa: "Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni*"
✅Sentiasa amalkan langkah2 ini sebelum berdoa:
1) Puji Allah dahulu. Dgn 99 nama2-Nya
2)Berselawat
3)Istighfar
4)Doa
๐Ÿ“ŒApa yg kita doakan, sentiasa diulang 3×. Kerana Allah sangat menyukai angka 3, manakala Nabi saw menyukai angka 7.
๐Ÿ“ŒBanyakkan berdoa dgn memuji Allah. Qadar dan Qada  Allah boleh diubah dgn doa.
๐Ÿ“ŒKpd wanita yg dlm haid, tetap jangan lepaskan peluang ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Isikan mlm2 ini dgn ZIKIR DAN DOA.
๐Ÿ“ŒJangan sibukkan diri dgn membuat kuih raya pd mlm2 ini. Buat persiapan raya pd waktu siang. Jgn lepaskan peluang yg Allah berikan ini.
๐Ÿ“ŒSepanjang mlm2 ini, hidupkan suasana harmoni dlm rumah kita. Elakkan sebarang perbalahan antara suami/isteri/anak2/adik beradik. Sentiasa bersabar dgn kerenah suami/isteri/anak2 sehingga 10 mlm ini berakhir. Tetaplah bersabar dan berdoa tanpa jemu jika anak2 yg degil sekalipun. Allah mendgr doa ikhlas kita
๐Ÿ“Œ Jika tiada suasana aman di dlm rmh kita, kita tidak mungkin dpt bertemu dgn mlm lailatul  qadar. Krn pernah terjadi pd zaman Nabi saw, terdpt 2 org pemuda yg bertengkar, dan terus malaikat Jibrail membatalkan utk memberitahu bila sbnrnya mlm lailatul qadar itu. *CREATE PEACEFUL IN OUR HOUSE*
๐Ÿ“ŒJika kita ada merasai kelainan pd mlm ini nanti, beritahu ahli keluarga kita yg lain. Kejut mrk, jika mrk tidur.
๐Ÿ“ŒBermula dari hari ini sehingga mlm2 tersebut:
1)Sentiasa dlm berwudhu
2)Sentiasa pakai pakaian yg bersih
3)Sentiasa dlm keadaan wangi
๐Ÿ‘‰Kerana kita ingin malaikat sentiasa berada dgn
 kita
๐Ÿ“ŒJangan biarkan Ramadhan ini berlalu, tanpa dosa2 kita diampunkan Allah. InsyaAllah, jika kita melepasi Ramadhan ini dgn dosa2 kita diampunkan Allah, kita tidak akan melakukan perkara2 yg dilarang Allah di luar bulan  Ramadhan nanti.

Tuesday, May 21, 2019

Selamat Menyambut Nuzul Al Quran


DOA Nuzul Quran

Hari ini 22 Mei 2019 adalah malam Nuzul Quran (sebaik sahaja masuk maghrib).

Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan ,
Mlm ni adalah mlm 17 Ramadhan & juga mlm Nuzul AlQuran

DOA MALAM NUZUL QUR'AN

Bismillah..
Allaahumma nawwir quluubanaa bi tilaawatil qur aan, wa zayyin akhlaaqonaa bijaahil qur aan, wa hassin a'maalanaa bi dzikril qur aan, wa najjinaa minan naari bi karoomatil qur aan, wa adkhilnal jannata bi syafaa'atil qur aan.

"Ya ALLAH sinari hati kami dgn membaca al quran. Hiasi akhlak kami dgn kemuliaan al-quran.
Baguskanlah amalan kami dgn berzikir serta bertadarus al quran. Selamatkanlah kami dari api neraka karena kemuliaan al quran dengan kemulian al quran. Masukkanlah kami ke dalam surga Mu dengan syafaat al quran."

Ya Allah…ya Rahman YaRahim..YaMuhammad…
Aku memohon kepada-Mu, Muliakanlah kami.
Bahagiakan Keluarga kami.
Kuatkan iman kami.
Berkahi rizki kami.
Beri kenikmatan dalam beribadah.
Hiasilah hati kami dengan kesabaran dan kasih sayang,

Yaa Allah ya Rabbil Izzati..
Jadikan kami termasuk orang yang Engkau RAHMATI
dalam 10 hari pertama Ramadhan.
Yang Engkau AMPUNI dosa2nya dalam 10 hari yang kemudian.
Yang Engkau BEBASKAN dari api Neraka dalam 10 hari sisanya.Dan Engkau beri kesempatan kami untuk bermunajat kepada-Mu di malam Lailatul Qhadar.

Kabulkanlah do’a-do’a kami,peliharalah kesehatan kami dan berilah kecintaan kami pd Mu dn Al quran..
Amiin..yaa Rabbal Aamiin

SALAM NUZUL QURAN DAN SELAMAT BERIBADAH UTK 10 MLM TERAKHIR RAMADHAN
.
.

Thursday, May 16, 2019

Doa Petang Jumaat

Doa Petang Jumaat
ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…ِ
ٍ
ุงَู„ْุญَู…ْุฏُ ِู„ู„ู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠْู†َ ูˆَุงู„ْุนَุงู‚ِุจَุฉُ ู„ِู„ْู…ُุชَّู‚ِูŠْู†َ ูˆَู„ุงَ ุนُุฏْูˆَุงู†َ ุฅِู„ุงَّ ุนَู„َู‰ ุงู„ุธَّุงู„ِู…ِูŠْู†َ ูˆَุงู„ุตَّู„ุงَุฉُ ูˆَุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َู‰ ุฃَุดْุฑَูِ ุงْู„ุฃَู†ْุจِูŠَุงุกِ ูˆَุงู„ْู…ُุฑْุณَู„ِูŠْู†َ ูˆَุนَู„َู‰ ุกَุงู„ِู‡ِ v ุฃَุฌْู…َุนِูŠْู†
Ya Allah janganlah Engkau sibukkan diri kami dan lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya Allah.
Ya Allah berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa.
Ya Allah, terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini.
Ya Allah kami memohon seandainya kami tidak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, orang yang kami sayang dan sahabat kami, kami mohon Ya Allah bahagialah mereka dengan kasih sayang Mu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari hari mendatang kami.
Ya Allah jadikanlah hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.
Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.
Ya Allak kami memohon ke pada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan petunjuk hari ini dan selama-lamanya.
Ya Allah mudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.
Ya Allah tanamkanlah perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami senentiasa teguh.
Ya Allah kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami dan luaskanlah rezeki kami dan moga segala urusan kami dipermudahkan.
Ya Allah kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah
Ya Allah terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.
Ya Allah perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami, semoga kami bebas dari seksa kubur.
Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.
Ya Allah peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.
Ya Allah sesungguhnya Engkalulah yang menetapkan rezeki kami, Engkau lapangkanlah kami. Ya Allah janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.
Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama , dunia, keluarga dan harta kami.
Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
ุฑَุจَّู†َุง ุธَู„َู…ْู†َุง ุฃَู†ْูُุณَู†َุง ูˆَุฅِู†ْ ู„َّู…ْ ุชَุบْูِุฑْู„َู†َุง ูˆَุชَุฑْุญَู…ْู†َุง ู„َู†َูƒُูˆْู†َู†َّ ู…ِู†َ ุงู„ْุฎَุงุณِุฑِูŠْู†َ
ุฑَุจَّู†َุง ุกَุงุชِู†َุง ูِู‰ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุญَุณَู†َุฉً ูˆَูِู‰ ุงْู„ุขุฎِุฑَุฉِ ุญَุณَู†َุฉً ูˆَู‚ِู†َุง ุนَุฐَุงุจَ ุงู„ู†َّุงุฑِ
ูˆَุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ ُุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุกَุงู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ
ูˆَุงู„ْุญَู…ْุฏُ ِู„ู„ู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠْู†َ.
ุขู…ِّูŠْู†َ, ุขู…ِّูŠْู†, ุขู…ِّูŠْู†,َ ูŠุง ุฑَุจَّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠْู† َ
ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ
+

Saturday, May 11, 2019

DOA Buat Ibu Bapa....Jom Doakan Kebahagiaan Utk Mereka


Doa Buat Ibu BapaDalam Al-Quran
Oleh kerana itu sebagai anak yang berbakti, hendaklah kita sentiasa berdoa untuk ibu bapa kita. Di antara doa-doa untuk ibu bapa yang terdapat dalam al-Quran adalah sebagai berikut:
1) Ayat 24, Surah al-Isra’
ุฑَุจِّ ุงุฑْุญَู…ْู‡ُู…َุง ูƒَู…َุง ุฑَุจَّูŠَุงู†ِูŠ ุตَุบِูŠุฑًุง

Maksudnya, “…Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.’”(Surah al-Isra’, Ayat 24)
2) Ayat 41, Surah Ibrahim
ุฑَุจَّู†َุง ุงุบْูِุฑْ ู„ِูŠ ูˆَู„ِูˆَุงู„ِุฏَูŠَّ ูˆَู„ِู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠู†َ ูŠَูˆْู…َ ูŠَู‚ُูˆู…ُ ุงู„ْุญِุณَุงุจُ

Maksudnya, “Tuhan kami, berilah ampun aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim, Ayat 41)
3) Ayat 28, Surah Nuh
ุฑَุจِّ ุงุบْูِุฑْ ู„ِูŠ ูˆَู„ِูˆَุงู„ِุฏَูŠَّ ูˆَู„ِู…َู†ْ ุฏَุฎَู„َ ุจَูŠْุชِูŠَ ู…ُุคْู…ِู†ًุง ูˆَู„ِู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠู†َ ูˆَุงู„ْู…ُุคْู…ِู†َุงุชِ ูˆَู„َุง ุชَุฒِุฏِ ุงู„ุธَّุงู„ِู…ِูŠู†َ ุฅِู„َّุง ุชَุจَุงุฑًุง

Maksudnya, “Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.”(Surah Nuh, Ayat 28)
4) Ayat 19, Surah an-Naml
ุฑَุจِّ ุฃَูˆْุฒِุนْู†ِูŠ ุฃَู†ْ ุฃَุดْูƒُุฑَ ู†ِุนْู…َุชَูƒَ ุงู„َّุชِูŠ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠَّ ูˆَุนَู„َู‰ٰ ูˆَุงู„ِุฏَูŠَّ ูˆَุฃَู†ْ ุฃَุนْู…َู„َ ุตَุงู„ِุญًุง ุชَุฑْุถَุงู‡ُ ูˆَุฃَุฏْุฎِู„ْู†ِูŠ ุจِุฑَุญْู…َุชِูƒَ ูِูŠ ุนِุจَุงุฏِูƒَ ุงู„ุตَّุงู„ِุญِูŠู†َ

Maksudnya, “…Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah an-Naml, Ayat 19)

Info Zakat : Golongan Penerima Zakat

8 GOLONGAN ASNAF

1. Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. Amil

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. Muallaf

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu : a) Beragama Islam + Baru memeluk agama Islam + Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya. + Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya. + Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh. b) Bukan beragama Islam + Boleh dipujuk supaya masuk Islam. + Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

5. Al-Riqab

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. Al-Gharimin

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Fisabiillah

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. Ibnu Sabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan

Sumber Info : http://www.zakat.com.my/info-zakat/golongan-penerima-zakat/

Perkongsian Ilmu - Info Zakat Fitrah

Sumber Info : http://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-fitrah/



Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

DALIL ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:

?Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin? (HR ?Bukhari)

Ucapan Rasulullah SAW ?kanak-kanak dan orang dewasa??menunjukkan bahawa Zakat Fitrah itu wajib bagi anak kecil, diambil dari hartanya apabila ia memiliki harta, lalu dikeluarkan oleh walinya, seperti halnya dalam zakat harta. Apabila ia tidak memliki harta, maka zakat fitrahnya wajib bagi orang yang memberikan nafkah kepadanya. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur Ulama.

Fatwa Zakat Fitrah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.

Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.

Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

DI MANA ZAKAT FITRAH PERLU DIBAYAR

Zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, dengan melihat pendapat ihtiyat iaitu mengawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.

Justeru jika ketika itu kita masih berada di tempat kerja dan belum pulang ke kampung, lebih elok baginya untuk dibayar di tempat kerjanya kerana ia bersifat yakin dan tahqiqsedangkan kepulangannya ke kampung masih lagi dalam bentuk sangkaan dzan yang mungkin tidak berlaku.

Begitu juga dengan pembayaran awal boleh menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.

KADAR ZAKAT FITRAH

Asal kadar zakat fitrah adalah satu sha?(gantang) dan nilainya seperti yang dinyatakan oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya Fiqh al-Islami wa Adillatuh iaitu 2.751 kg. Dan di sisi mazhab Hanafi ialah 3.8 kg.

Fatwa Kadar Zakat Fitrah

Dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-57 bertarikh 10 Jun 2003 seperti berikut:

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat oleh BERNAS bagi setiap beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg.

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.

Menjelang Ramadan, Jawatankuasa Syariah atau Fatwa Negeri akan memutuskan nilai harga beras semasa mengikut daerah atau jenis dan gred beras yang dimakan oleh penduduk. Kemudian diputuskan dengan mengambil kira nilaian sebanyak segantang beras iaitu hampir kepada 2.60 kg.

Friday, May 10, 2019

Kelebihan Surah Al Ikhlas

Assalamualaikum...

*DAHSYATNYA SURAT AL- IKHLAS*

{Sempatkanlah sebentar untuk membaca tulisan ini}

Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda :

"Demi ALLAH yang jiwaku di dalam GenggamanNYA, sesungguhnya :

*QUL HUWALLAHU AHAD* itu tertulis di sayap Malaikat Jibril.

*ALLAHHUS SOMAD* itu tertulis disayap Malaikat Mikail.

*LAMYALID WALAM YUULAD* tertulis
pada, sayap Malaikat Isrofil,

*WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD*  tertulis pada sayap Malaikat Izra'il"

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda:

*Ketika saya {Rasulullah SAW} Isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan* ...

*Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari Timur  hingga ke Barat*...

*Pada setiap padang itu terdapat 80,000 Malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas* ...

Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka berkata mereka :

”Wahai TUHAN kami, sesungguhnya pahala dari bacaan ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik lelaki maupun perempuan”...

Riwayat Anas bin Malik juga merekam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas.

*Suatu ketika 70,000 Malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal* ...

Kedatangan para Malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari.

*70.000 Malaikat itu diutus hanya  karana Almarhum sering membaca surat ini* ...

Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di beri merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan Malaikat Jibril datang kepada  Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.

Rasulullah S.A.W bersabda :

Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,

maka tubuhnya tidak akan membusuk didalam kubur,

akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan

para Malaikat akan  membawanya dengan sayap mereka melintasi Titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke Surga. (HR Qurthuby).

*SUBHANALLAH* ..........

Jika Anda Share ini kepada 1 orang...

ertinya Anda sudah menyebarkan 10 kebaikan di Akhirat.

Ya Allah, jadikanlah kami mudah dalam membaca Surotul Al Ikhlas dan mengucapkan *SUBHANALLAH* "
menjadi manusia,

sesuai yang disabdakan Nabi SAW,  sihat, bermanfaat
dan wafat dalam keadaan *HUSNUL KHATIMAH*
*Aamiin ya Rabbal 'Aalamiin*

TOLONG SAMPAIKAN.
Sabda Rasulullah SAW, "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca serta mengamalkannya maka dia akan beroleh kebaikan dari ALLAH walaupun sudah tiada di dunia."

*INDAHNYA  BERKONGSI...*

Thursday, May 9, 2019

DOA Hari Jumaat


ُِSalam Pagi Jumaat
ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…ِ
ٍ
ุงَู„ْุญَู…ْุฏُ ِู„ู„ู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠْู†َ ูˆَุงู„ْุนَุงู‚ِุจَุฉُ ู„ِู„ْู…ُุชَّู‚ِูŠْู†َ ูˆَู„ุงَ ุนُุฏْูˆَุงู†َ ุฅِู„ุงَّ ุนَู„َู‰ ุงู„ุธَّุงู„ِู…ِูŠْู†َ ูˆَุงู„ุตَّู„ุงَุฉُ ูˆَุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َู‰ ุฃَุดْุฑَูِ ุงْู„ุฃَู†ْุจِูŠَุงุกِ ูˆَุงู„ْู…ُุฑْุณَู„ِูŠْู†َ ูˆَุนَู„َู‰ ุกَุงู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ุฃَุฌْู…َุนِูŠْู†
Ya Allah panjangkanlah umur kami, kurniakanlah kami kesihatan yang baik, terangilah hati kami dengan NUR pancaran iman Mu, dekatkan kami dengan kebaikan dan jauhkan kami dari segala kejahatan.
Ya Allah kurniakan kami kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari Mu dalam menempuh cabaran dan liku-liku kehidupan di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quraan, jadikannya bagi kami ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa daripadanya, ajarkan kami apa yang tidal tahu daripadanya dan jadikan maksudnya hujah bagi kami Ya Allah.
Ya Allah permudahkan segala urusan kami, lindungilah kami daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami, lindungi kami dari azab api neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati serta fitnah al-Dajjal.
Ya Allah lancarkanlah urusan kami pada hari ini, indahkanlah dengan silaturrahim yang baik dan limpahilah dengan rezeki yang berkat.
Ya Allah bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami dan elokkanlah urusan dunia kami.
Ya Allah elokkanlah juga urusan akhirat kami, tempat kami kembali untuk selama2nya.
Ya Allah Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah kami menerima ilmu Mu.
Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang sedang sakit, kami mohon sembuhkan penyakitnya Ya Allah kerana hanya Engkau lah yang Maha Penyembuh.
Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang kesulitan rezeki, kami mohon bukalah jalan rezekinya Ya Allah kerana hanya Engkau sahaja yang Maha Pemberi Rezeki.
Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya, kami mohon bersihkan dan sucikanlah hatinya Ya Allah.
Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang merasa disakiti dan dizalimi karena kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja, bukakanlah pintu hati mereka agar memaafkan kami.
Ya Allah Engkau rahmati dan jadikan hidup kami penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu.
Ya Allah terimalah amalan ibadah kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami, kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.
ُ
Ya ุงู„ู„ู‡ kami memohon Ya ุงู„ู„ู‡, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya ุงู„ู„ู‡ . َ
Ya ุงู„ู„ู‡ Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.
Ya Allah hidupkan kami dalamm Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.
Ya Allah berilah taufik dan hidayah kepada umatMu yang belum Islam dan juga kepada pemimpin, rakan dan jiran kami yang masih belum menerima Islam dengan sepenuhnya.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya ุงู„ู„ู‡ .
ุฑَุจَّู†َุง ุธَู„َู…ْู†َุง ุฃَู†ْูُุณَู†َุง ูˆَุฅِู†ْ ู„َّู…ْ ุชَุบْูِุฑْู„َู†َุง ูˆَุชَุฑْุญَู…ْู†َุง ู„َู†َูƒُูˆْู†َู†َّ ู…ِู†َ ุงู„ْุฎَุงุณِุฑِูŠْู†َ
Sumber DOA : http://doa.whatta.org/?p=1220

Wednesday, May 8, 2019

Keutamaan Dan Fadhilat Puasa Ramadhan Hari 1 Hingga 30


Berikut ini adalah Keutamaan dan Fadhilah melaksanakan Puasa Ramadhan dari hari ke-1 sampai denga hari ke-30. Diambil dari Kitab Fadhรขil Al-Asyhur Ats-Tsalรขtsah yang di tulis oleh Syeikh Muhammad bin Ali bin Husein bin Musa bin Babawayh Al-Qumi, beliau adalah seorang ulama besar ahli hadits ber-Mazhab Ahlul Bait Nabi SAW. Ditulis berdasarkan Hadits shahih yang telah di “Tahqiq”.
Hari ke-1: Semua dosa akan diampuni oleh Allah SWT, baik yang tersembunyi dan yang terang-terangan. Akan meninggikan derajat berlipat ribuan. Dan membuatkan untuk kalian lima puluh ribu kota di surga.
Hari Ke-2: Setiap ibadah akan dicatat oleh Allah SWT terhadap segala apa yang dilakukan. Memberikan pahalanya seperti ibadah selama satu tahun. Menyetarakan pahalanya seperti pahala seorang nabi. Dan mencatat puasa hari ke-2 seperti puasa satu tahun.
Hari Ke-3: Allah SWT memberi setiap rambut di tubuh kalian taman permata yang indah di surga Firdaus, di atasnya dua belas ribu rumah dari cahaya, di bawahnya dua belas ribu tempat tidur dan di setiap tempat tidur ada bidadari, setiap hari seribu malaikat berkunjung dan setiap malaikat membawa hadiah untuk kalian.
Hari Ke-4: Pahalanya adalah Surga Khuld yang didalamnya terdapat tujuh puluh ribu istana dan di setiap istana terdapat tujuh puluh ribu rumah, di setiap rumah terdapat lima puluh ribu tempat tidur dan disetiap tempat tidur terdapat bidadari dan setiap bidadari memiliki seribu perhiasan yang lebih baik dari dunia dan segala isinya.
Hari Ke-5: Pahalanya adalah Surga Al-Ma’wa yang terdapat beribu-ribu kota, setiap kota terdapat seribu rumah, di setiap rumah terdapat seribu meja makan, di atas setiap meja makan tujuh puluh ribu tempat makanan, di setiap tempat makanan tujuh puluh macam makanan yang tidak sama satu dengan yang lain.
Hari Ke-6: Pahalanya adalah Surga Darus Salam yang terdapat seratus ribu kota, di setiap kota seratus perkampungan, disetiap perkampungan seratus ribu rumah, di setiap rumah seratus ribu tempat tidur dari emas yang panjang, setiap tempat tidur panjangnya seribu hasta, di atas tempat tidur terdapat bidadari sebagai pasangan yang berhias dengan tiga puluh ribu perhiasan dari permata putih dan permata merah, dan setiap bidadari membawa seratus pelayan.
Hari Ke-7: Pahalanya adalah Surga Na’im. Pahala seribu syuhada’ dan empat puluh ribu orang yang benar.
Hari Ke-8: Pahalanya seperti pahala amal enam puluh ribu ahli ibadah dan orang enam puluh ribu orang yang zuhud.
Hari Ke-9: Pahalanya adalah Allah SWT akan memberikan apa yang diberikan kepada seribu ulama, seribu orang yang i’tikaf, dan seribu orang yang menyambung tali persaudaraan.
Hari Ke-10:  Dikabulkannya tujuh puluh ribu hajat, dan matahari, bulan, bintang-bintang, binatang yang melata, burung, binatang buas, setiap bebatuan dan bongkahan tanah liat, setiap yang kering dan yang basah, setiap binatang di laut dan dedaunan di pepohonan akan memohonkan ampunan bagi kita.
Hari Ke-11: Pahalanya seperti pahala empat kali orang yang haji dan umrah, setiap yang haji bersama seorang Nabi, dan setiap yang umrah bersama orang yang benar dan yang syahid.
Hari Ke-12: Akan dijadikan bagi kalian keimanan yang dapat merubah keburukan-keburukan menjadi kebaikan-kebaikan yang berlipat-ganda, dan mencatat bagi kalian setiap kebaikan seribu kebaikan.
Hari Ke-13: Dicatat bagi kalian pahala seperti pahala ibadah penduduk Mekkah dan Madinah, dan Allah memberi kalian syafaat sejumlah bebatuan dan bongkahan tanah liat yang ada di antara Mekkah dan Madinah.
Hari Ke-14: Kalian seperti berjumpa dengan Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Daud dan Sulaiman, dan seperti beribadah kepada Allah Azza wa Jalla bersama setiap Nabi selama dua ratus tahun.
Hari Ke-15: Dikabulkan untuk kalian hajat-hajat dunia dan akhirat, memberi kalian apa yang diberikan kepada Nabi Ayyub; para malaikat pemikul Arasy memohonkan ampunan untuk kalian, dan pada hari kiamat Allah Azza wa Jalla akan memberi kalian empat puluh cahaya, sepuluh cahaya dari sebelah kanan kalian, sepuluh dari sebelah kiri kalian, sepuluh dari depan kalian, dan sepuluh cahaya dari belakang kalian.
Hari Ke-16: Diberikan kepada kalian enam puluh pakaian untuk kalian pakai pada hari kalian dibangkitkan dari kubur, enam puluh onta untuk kalian kendarai, dan dikirim awan untuk menaungi kalian dari sengatan panas hari itu.
Hari Ke-17: Allah SWT menyatakan: “sungguh Aku telah mengampuni mereka dan bapak-bapak mereka, Aku akan lindungi mereka dari azab hari kiamat.”
Hari Ke-18: Diperintahkan kepada malaikat Jibril, Mikail, Israfil, malaikat pemikul Arasy dan Al-Karubin agar memohonkan ampunan untuk ummat Muhammad saw sampai tahun berikutnya, dan Allah Azza wa Jalla memberikan pada kalian pahala para syuhada’ Badar.
Hari Ke-19: Semua malaikat langit dan bumi minta izin kepada Tuhannya untuk berziarah ke kuburan kalian setiap hari, dan setiap malaikat membawa hadiah dan minuman untuk kalian.
Hari Ke-20: Diutus kepada kalian tujuh puluh Malaikat untuk menjaga kalian dari setiap setan yang terkutuk; dicatat untuk kalian setiap hari kalian puasa seperti berpuasa seratus tahun; menjadikan parit antara kalian dan neraka; memberi kalian pahala orang yang termaktub dalam Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qu’an; dicatat untuk kalian setiap pena Jibril sebagai ibadah satu tahun; memberikan pada kalian pahala tasbih Arasy dan Kursi; dan memberi pasangan untuk kalian setiap ayat Al-Qur’an seribu bidadari.
Hari Ke-21: Diluaskan kuburan kalian seribu farsakh, menghilangkan dari kalian kegelapan dan kesepian, menjadikan kuburan kalian seperti kuburan para syuhada’, dan menjadikan wajah kalian seperti wajah Yusuf bin Ya’qub AS.
Hari Ke-22: Diutus kepada kalian malaikat maut seperti pada para Nabi saw, menyelamatkan kalian dari keganasan malaikat Munkar dan Nakir, dan menghilangkan dari kalian penderitaan dunia dan akhirat.
Hari Ke-23: Kalian akan melintasi shirathal mustaqim bersama para Nabi, shiddiqin dan syuhada’, dan pahala kalian seperti memberi makanan kepada setiap anak yatim dari ummatku dan seperti memberi pakaian kepada setiap yang telanjang dari ummatku.
Hari Ke-24: kalian tidak akan keluar dari dunia kecuali kalian melihat kedudukannya di surga; setiap kalian diberi pahala seribu orang yang sakit, seribu pahala orang yang merantau untuk mentaati Allah Azza wa Jalla, kalian diberi pahala seribu pembebasan dari keturunan nabi Ismail AS.
Hari Ke-25: Dibuatkan untuk kalian di bawah Arasy seribu menara hijau, di atas setiap menara terdapat kemah dari cahaya, dan Allah SWT berfirman: “Wahai ummat Muhammad, Aku adalah Tuhan dan kalian adalah hamba-Ku, bernaunglah kalian di bawah Arasy-Ku di menaramenara ini, makan dan minumlah sepuas kalian, jangan takut dan jangan sedih; wahai ummat Muhammad, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku akan mengirim kalian ke surga, kalian akan dibanggakan oleh orang-orang yang terdahulu dan yang terakhir, Aku akan memberikan pada setiap kalian seribu mahkota dari cahaya, kendaraan onta yang Kuciptakan dari cahaya, tali kendalinya dari cahaya dan pada tali kendali itu terdapat seribulingkaran yang terbuat dari emas, dan pada setiap lingkaran berdiri malaikat, dan setiap malaikat memegang tongkat dari cahaya sehingga kalian memasuki surga tanpa dihisab.
Hari Ke-26: Allah SWT memandang dengan kasih sayang-Nya, kemudian mengampuni semua dosa kalian kecuali sogokan dari hartanya; Mensucikan rumah kalian setiap hari tujuh puluh ribu kali dari ghibah dan dusta.
Hari Ke-27: Pahalanya seperti menolong setiap mukmin dan mukminah, memberi pakaian pada tujuh puluh ribu orang yang telanjang, membantu seribu orang yang menjalin tali persaudaraan; kalian seperti membaca semua kitab yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla kepada para Nabi-Nya.
Hari Ke-28: Menjadikan bagi kalian di surga Al-Khuld seratus ribu kota dari cahaya, memberi kalian di surga Al-Ma’wa seratus ribu istana dari perak; memberi kalian di surga Al-Jalal tiga ratus ribu mimbar (tempat yang tinggi) yang terbuat dari misik, di setiap mimbar seribu rumah dari za’faran.
Hari Ke-29: Diberikan kepada kalian beribu-ribu kediaman dan di setiap kediaman terdapat menara putih, disetiap menara terdapat tempat tidur dari kafur putih dilengkapi dengan seribu permadani dari sutera hijau, di setiap permadani disiapkan bidadari yang dihiasi dengan tujuh puluh ribu hiasan, di kepalanya seribu hiasan dari permata.
Hari Ke-30: Akan dicatat bagi kalian setiap hari sebelumnya pahala seribu suhada’ dan seribu orang yang benar; Dicatat bagi kalian seperti beribadah lima puluh tahun; Dicatat bagi kalian untuk setiap hari seperti puasa dua ribu hari, dan mengangkat derajat kalian


Jom sama-sama kita perbanyakkan ibadah dalam bulan yang penuh baraqoh ini... 

Tentative Sambutan Hari Guru Dan Iftar Ramadhan 2019







Tazkirah Ramadhan 1 - 5 KERUGIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

*5 KERUGIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN*

*1. Bangun sahur tanpa mendirikan sekurang-kurangnya 2 rakaat SOLAT SUNAT*

*2. Meninggalkan hari-hari Ramadhan TANPA BERSEDEKAH*

*3. Menunggu waktu berbuka TANPA MEMOHON DOA*

*4. Menghabiskan waktu siang BERBARING DAN TIDUR atas alasan letih berpuasa*

*5. Langsung tidak membuka/membaca ALQURAN*

*P/s: Jangan biarkan Ramadhan kali ini berlalu begitu sahaja kerana mungkin ini menjadi Ramadhan terakhir buat kita. Hargai & manfaatkan peluang yang dipinjamkan sebaiknya. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi di bulan Ramadhan. InsyaAllah* ๐Ÿ˜Š

Salam asar....
#3Ramadhan

Monday, May 6, 2019

Pelajar PPKI Kendalikan Perhimpunan Pagi Mingguan Dengan Cemerlang


 Juru Acara Perhimpunan - Adik Hakim

 Pembaca Ikrar - Adik Umar
 Pembaca DOA - Adik Amirul




Tahniah Kpd semua mentor/ guru anak-anak PPKI...

Saturday, May 4, 2019

DOA Menjelang Ramadhan


ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุจَุงุฑِูƒْ ู„َู†َุง ูِู‰ ุฑَุฌَุจٍ ูˆَุดَุนْุจَุงู†َ ูˆَุจَุงุฑِูƒْ ู„َู†َุง ูِู‰ ุฑَู…َุถَุงู†َ

(Alloohumma baarik lanaa fii Rojab wa Sya’ban, wabaarik lanaa fii Romadhon)
Artinya : “Ya Allah berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban, serta berkahilah kami dalam bulan Ramadhan”
Keterangan:
Doa ini diambil dari hadits riwayat Ahmad (no. 2346 dan 2387). Doa tersebut dibaca sejak bulan Rajab.

Doa Hari Sabtu


ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ
Doa Pagi Sabtu
ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…ِ
ٍ
ุงَู„ْุญَู…ْุฏُ ِู„ู„ู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠْู†َ ูˆَุงู„ْุนَุงู‚ِุจَุฉُ ู„ِู„ْู…ُุชَّู‚ِูŠْู†َ ูˆَู„ุงَ ุนُุฏْูˆَุงู†َ ุฅِู„ุงَّ ุนَู„َู‰ ุงู„ุธَّุงู„ِู…ِูŠْู†َ ูˆَุงู„ุตَّู„ุงَุฉُ ูˆَุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َู‰ ุฃَุดْุฑَูِ ุงْู„ุฃَู†ْุจِูŠَุงุกِ ูˆَุงู„ْู…ُุฑْุณَู„ِูŠْู†َ ูˆَุนَู„َู‰ ุกَุงู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ุฃَุฌْู…َุนِูŠْู†
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dengan rasa rendah diri, kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya Alim, ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.
Ya Allah takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Ya Allah bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami Ya Allah.
Ya Allah Ya Rabbul Jalil, sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu dengan selesa.
Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami. Ya Allah Engkau ganti lah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan yang boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah.
Ya Allah kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh, golongkanlah mereka dalam golongan orang2 yang Engkau redhai.
Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju ke alam barzakh Mu maka Engkau ambillah kami dalam keadaan yang baik, dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Azizz kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.
Ya Allah Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan sesuatu keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka.
Ya Allah jika ada di kalangan kami ada mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar dapat beribadah bersama kami.
Ya Razzak Ya Fattahu Ya Alim, kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu, sebaliknya janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mndapat kurniaanMu.
Ya Allah bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
ุฑَุจَّู†َุง ุธَู„َู…ْู†َุง ุฃَู†ْูُุณَู†َุง ูˆَุฅِู†ْ ู„َّู…ْ ุชَุบْูِุฑْู„َู†َุง ูˆَุชَุฑْุญَู…ْู†َุง ู„َู†َูƒُูˆْู†َู†َّ ู…ِู†َ ุงู„ْุฎَุงุณِุฑِูŠْู†َ
ุฑَุจَّู†َุง ุกَุงุชِู†َุง ูِู‰ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุญَุณَู†َุฉً ูˆَูِู‰ ุงْู„ุขุฎِุฑَุฉِ ุญَุณَู†َุฉً ูˆَู‚ِู†َุง ุนَุฐَุงุจَ ุงู„ู†َّุงุฑِ
ูˆَุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ ُุนَู„َู‰
ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏูˆَ