Followers

Thursday, October 31, 2019

Admin Sertai Program Explore Race KBS Siri 2/2019

Permainan Kotak Beracun

Aktiviti : KOTAK BERACUN
Pemain : Kumpulan
Tempat: Kawasan Lapang
Peralatan: Kotak

Perlaksanaan Permainan Kotak beracun

Peserta perlu membuat bulatan lengkap (tidak boleh berlapis-lapis).
Salah seorang peserta memegang kotak. Sebaik sahaja musik dimainkan, peserta tersebut perlu memberikan kotak tersebut kepada peserta disebelahnya dan diteruskan sehingga musik berhenti.
Peserta yang memegang kotak akan mencabut kertas undian dalam kotak beracun.(Peserta yang mendapat kertas berwarna hitam akan bangun dan berdiri di tengah-tengah bulatan).
Peserta perlu membuat tugasan yang diberi oleh fasilitator. (Soalan adalah tertakluk kepada fasilitator)
Sekiranya peserta tidak dapat membuat tugasan yang diberikan. Fasilitator berhak memberi peluang kedua dan menukar soalan tersebut, ataupun meneruskan semula dengan peserta yang lain. 

Tahap 1
Menyebut rukun wuduk/ lafaz  niat/ 
doa selepas wuduk.
Menyenaraikan 13 rukun  solat.
Menyebut Sebahagian Bacaan dalam solat.
Tahap 2
Menyebut 13 Rukun Fi’li,Qauli,Qalbi dalam  solat.
Seorang daripada peserta menunjuk cara amali solat dengan betul.
Membaca salah satu bacaan dalam solat (Takbiratul ihram/ doa iftitah/ surah al-Fatihah/ bacaan rukuk/bacaan iktidal/ bacaan sujud/ bacaan duduk di antara sujud/ bacaan tasyahud akhir/salam.

Tambahan Tahap 2

Tahun 4:

Menyenaraikan Syarat-syarat wajib solat.
Menyenaraikan Syarat sah solat.
Menyenaraikan Perkara yang membatalkan solat.

Tahun 5:

Menyenaraikan Rukun-rukun Tayamum.
Azan/ Iqamah/Doa selepas azan.
Muafik / Masbuk.

Tahun 6:

Solat Jenazah ( Lafaz & Niat Solat Jenazah ).
Menerangkan cara  melakukan Solat Jenazah.
Kedudukan solat jenazah.
Solat Jemaah (Kedudukan Solat Jemaah, Hukum solat jemaah).




Seronok layan kerenah anak2 hari ini....



Iklan ...Sukan PIBG 2019

🔊🔊🔊📢📢Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk makluman semua, Karnival Sukan PIBG akan diadakan pada🥳🥳🥳:

Tarikh :2/11/2019.
Hari: Sabtu.
Masa:6.30 pagi hingga 2 petang.
Tempat : Padang SKHB.

Antara acara yang akan dipertandingkan adalah:

Acara individu :
1.Jaring gol bola jaring⚽
2.Jaring gol bola sepak🏀
3.Lontar bola ping pong🏓
4.Bowling kelapa🥥
5.Tangkap ayam🐓
6.Anyam ketupat🌴
7.Lari dalam guni🕴🏻
8.Tiup tepung😯
9.Kepala seimbang🤯
10.Hole in One🌬
11.Motosikal lambat🏍

Acara berkumpulan:
1.Tarik tali💪🏻
2.Belon air🎈
3.Tarik geng dalam guni👬👭
4.4x100 lari berganti2(bawa sehelai kain batik bagi setiap pasukan)🏃🏻‍♀🏃🏻🏃🏻‍♀🏃🏻

Acara Tambahan:
1.Tiket bertuah😍
2.Permintaan lagu dan ucapan🥰
3.Teka jumlah kacang🤔
4.Teka barang😏

☝🏻Bagi PENYERTAAN  ACARA INDIVIDU akan dikenakan yuran sebanyak RM1.00 seorang💰
ACARA BERKUMPULAN juga dikenakan RM1.00 seorang💰 💰
ACARA TAMBAHAN juga bayaran RM1.00 untuk setiap tekaan.

☝🏻Kepada sesiapa yang berminat untuk membuka gerai jualan, bolehlah membuat bayaran kepada Puan Verawati selewat-lewatnya pada hari Jumaat(1/11/2019) jam 3 petang. 1 gerai= RM10.00💵

Marilah kita bersama-sama hadir dan memeriahkan Sukan PIBG pada tahun ini😎. Kerjasama daripada semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 🎊🎉🎁🤗

Tuesday, October 29, 2019

Tepegun Lihat Anak2 Pendidikan Melakukan Aktiviti Jahitan

Tarikh : 30 Oktober 2019
Lokasi : Bilik PPKI
Aktiviti : Projek Jahitan

Credit Foto : Utzh Nur Salehah Dan Cgu Norazashima
























Tahniah semua.....Terbaik...Semoga kemahiran  tersebut dimanfaatkan sebaik2nya dlm kehidupan yg Akan datang.

KBS - Kumpulan 14 (Ustazah Nur Salehah)

Tarikh : 29 Oktober 2019










Monday, October 28, 2019

Jangan Bertangguh Untuk Kebumikan Jenazah

💾 *KEBUMIKAN JENAZAH DI MANA DIA MENINGGAL DUNIA. DGN BERSEGERA.*

Assalamualaikum...baca dan cuba fahamkan....mungkin ramai yg tak tahu termasuk saya ...

Mengapa alim ulamak berwasiat dikebumikan di tempat mereka menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara antara org yg berilmu dan yg jahil.
------------------------------------------
روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال :
مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده  قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .

Imam Ahmad , an-Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'Anhuma telah berkata :
" Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda :
" Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya".
Mereka  ( para sahabat ) bertanya :
" Kenapa begitu ya Rasulullah? ".
Baginda bersabda :
"Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya,  akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.

[ HR. Ahmad, an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar… Wallahua’lam bissawwab.

Share Sebanyak Mungkin Info ini, Tidak menjadi Satu kerugian Untuk anda Share Hal ini..Ilmu Perlu di kongsi .Jangan setakat Like Sahaja..1 Like & 1 Share Adalah Perkongsian Ilmu...

Sunday, October 27, 2019

Selamat Menyambut Hari Deepavali Kpd Semua Rakyat Beragama Hindu

Warga PPKI mengucapkan Selamat Hari Deepavali khas buat Cgu Rekha Dan keluarga Serta semua rakyat Malaysia yg beragama Hindu....

Foto : Google Image





Wednesday, October 23, 2019

Projek Buat Donut Hari Ini Berjaya

Tarikh : 24 Oktober 2019 (Khamis)
Masa : 0830 - 0945
Tempat : PPKI Amanah Dan Syukur
Sasaran : Semua Pelajar PPKI
Pembimbing : Guru Dan AKP

Alhamdulillah.....Syabas Dan Tahniah semua.