Followers

Friday, October 11, 2019

Petua Murah Rezeki ... amalkan baru tau pulangannya

Nak murah rezeki?

1. Selalulah belanja anak-anak makan. Kita kerja susah payah pun sebab nak bagi anak-anak kita dapat makan sedap-sedap macam orang lain.
.
2. Minta anak-anak doakan kita selalu. Bebudak kan tiada dosa. Doa mereka cepat sampai pada Rabb tanpa halangan. Makbul.
.
3. Kalau anak minta sesuatu jika mampu belikan lah. Jika tak mampu bagitau mereka nanti ada rezeki lebih mummy akan belikan. Janji tau.
.
4. Jangan sombong dengan anak, jangan sombong dengan ALLAH. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh ditarik ALLAH.
.
5.  Jangan takbur dengan anak, setiap rezeki ada bahagiannya untuk anak. Anak jadi penyebab kepada rezeki. Bukan datang dari usaha keras kita semata-mata.
.
6. Sediakan keperluan yang terbaik buat mereka. Prihatin terhadap perkembangan dan emosi anak2.
.
7. Ketika sedang marah, jangan keluarkan kata-kata kesat pada anak-anak kerana mereka akan belajar dari sikap kita. Lebih baik diam, minum air dan istighfar banyak2.
.
8. Bersyukurlah kerana di kurniakan anak. Ramai orang yang masih tidak di berikan rezeki mempunyai anak. Jadi hargailah kurniaan Ilahi yang tak ternilai dengan wang ringgit ini.
.

Akhir kata,
setiap anak yang lahir itu sudah Allah tetap kan rezekinya sejak dari awal kandungan lagi.
Apa kita nak risau, anak adalah magnet rezeki, penyejuk hati.❤️

.
Maryam Salleh,
Ibu anak empat pun masih shantek lagi😝

#TipsMaryamSalleh

No comments:

Post a Comment