Followers

Friday, October 11, 2019

11 Khairat Kematian Yang Boleh Dituntut Oleh Pewaris

Ada beberapa khairat kematian yang boleh kita tuntut:

Khairat Kematian ASB -
Jika ada buat simpanan ASB, boleh tuntut. Kadar bayaran nya ialah antara RM200 ke RM2000, bergantung kepada baki pelaburan kita yang terakhir.

Khairat Kematian Pencen -
Jika  mak kita atauayah pesara Kerajaan, boleh tuntut khairat ini. Bernilai RM3000.

Khairat Kematian Takaful -
Jika ada mencarum dalam skim takaful, boleh tuntut. Bayaran antara RM 2000 ke RM5000, bergantung skim yang disertai. Boleh rujuk agen takaful anda,

Khairat Kematian Bank Rakyat -
Kalau ada akaun Bank Rakyat, nilai khairat kematian nya ialah RM3000.

Khairat Kematian KWSP -
Buat pencarum KWSP, khairat kematian ialah RM2500.

Khairat Kematian PERKESO -
Kalau pernah mencarum Perkeso, nilai khairat kematian nya RM 2000.

Khairat Kematian Penjawat Awam ( JPA) -
Kalau pesara Kerajaan / staff kerajaan…nilai khairatnya RM3000.

###Untuk Pesara Kerajaan dan Penjawat Awam (Meninggal Dalam Perkhidmatan) kita sebut sebagai BANTUAN MENGURUS JENAZAH , jumlahnya betul, RM3,000.00. Boleh tuntut melalui jabatan akhir gemulah (Penjawat Awam), dan melalui KWAP untuk Pesara yang meninggal dunia (Borang mohon melalui KWAP).

Khairat Kematian Masjid -
Mencarum dalam skim khairat kematian masjid kariah kita. Jumlahnya bergantung pada masjid masing masing.

Khairat Kematian BSH -
Sekiranya dulu menerima BR1M ( sekarang BSH), ada khairat kematiannya. Jumlah tak pasti.

Khairat Kematian Pembayar Zakat -
Yang ini info baharu terima. Tak pasti mekanismenya. Boleh rujuk pusat zakat negeri masing masing.

Khairat Kematian Ahli RELA -
Untuk yang pernah jadi ahli RELA, ada peruntukan khairat kematian RM2500. Boleh rujuk kepada pejabat RELA berkenaan.

Untuk proses tuntutan bawa sijil kematian, sijil nikah dan kad pengenalan diri. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan tangguh!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya buat para waris agar dapat menggunakan sebaiknya untuk keperluan si mati, selepas meninggal dunia.Jadi jangan terlepas pandang, rebutlah peluang dan tuntut jenis-jenis khairat kematian ini.


Sumner : Mingguan Wanita & Rakan FB

No comments:

Post a Comment