Followers

Thursday, October 17, 2019

KHASIAT POKOK SENDUDUK




1. Cirit-birit- Ambillah Pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai Ulam isyaAllah Cirit-birit akan hilang.

2. Keputihan bagi kaum wanita- Keringkan daun senduduk dan direbus bersama sedikit gula melaka dan Bonglai, biarkan Suam dan minumlah air.

3.  Menghilangkan bintik-bintik cacar- Ambilkan akar senduduk bersama daun ditumbuk lumat Kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang.

4.  Melegakan luka- Buah senduduk yang masak picit atau perah airnya Sapukan pada bahagian luka,  darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

5.  Wanita baru lepas bersalin- Akar senduduk dikeringkan dan direbus minum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan sekaligus mengetatkan semula Rahim.

6.  Buasir dan berak berdarah- Dengan cara rebuslah daun, batang dan akar dan minumlah airnya

7.  Untuk mandian- Selepas bersalin daun senduduk, daun mengkudu, serai wangi, daun Pandan dan daun limau perut bersama air direbus dan dijadikan rempah untuk mandi selepas tiga hari bersalin.

8.  Membuang angin-  Lengoh sendi urat dan tulang air rebusan dari akar batang dan daun dibuat mandi badan akan terasa lebih segar.  Lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghilang.

No comments:

Post a Comment