Followers

Sunday, March 22, 2020

Hikmah Di Sebalik Musibah Convid19

1. Masalah jem kat sempadan Johor-Singapura selesai.
2. Masalah jem kat KL pun takde.
3. Petrol pun murah RM1.44. Kereta pun jarang digunakan. Hal penting baru gerak.
4. Kualiti udara semakin bagus.
5. Semua mula amal makan masakan sendiri di rumah. Buku resepi mula dibuka semula.
6. Ekonomi naik sebab rakyat beli barang sampai licin kat pasaraya. Pandai pun beli barangan tempatan.
7. Laki mula kenal yang mana caru, yang mana selar kuning, yang mana halia, yang mana kunyit, yang mana lengkuas.
8. Toto, Magnum, Damacai tutup. Kasino Genting pun tutup. Tak ada orang berjudi.
9. Kilang arak Anchor dan Carlsberg tutup operasi.
10. Jumlah kes jenayah turun mendadak.
11. Kes kemalangan jalanraya turun minimum.
12. Suami, isteri dan anak anak lebih banyak masa bersama.
13. Free Astro. Free movie kat iflix. Puas tengok TV. Puas tengok movie dan drama. 2-3 pagi pun orang tengok berita lagi.
14. Dah pandai minum air kosong dengan banyak. Pandai basuh tangan, pandai jaga kebersihan. Dulu nak flush jamban lepas berak pun malas!
15. Kenduri kahwin pun jimat.

Semoga Kita semua dirahmati Allah Taala

No comments:

Post a Comment