Followers

Thursday, September 5, 2019

9 ciri ciri autisme yang boleh dilihat pada anak

1: Perkembangan motor yang lambat

Antara perkembangan motor yang lambat seperti:
  • Bayi umur 6 bulan: tidak boleh senyum atau menunjukkan reaksi riang
  • Bayi umur 9 bulan: tidak mengeluarkan bunyi dan ekpresi muka
  • Bayi umur 12 bulan: tidak mahu “baby talk“, lambat bercakap, tidak mahu melambai dan sebagainya

2: Mahu perhatian anda secara berlebihan

Anak autistik akan sukar untuk membuat kawan dan bermain. 

3: Kurang pergerakan

Anak autisme akan kurang menunjukkan pergerakan seperti menunjuk. Mereka seakan-akan keras seperti “robot”. 

4: Perbuatan berulang
Anak autistik amat gemar dengan perbuatan atau aktiviti berulang seperti menepuk tangan, mencampak barang, memusingkan barang, memetik jari, memandang siling dan sebagainya.
Malah mereka juga mungkin akan meniru bunyi dan perkataan yang didengar mereka berulang-ulang kali.

5: Tiada ‘baby talk’

Mereka mungkin akan menghadapi beberapa kesukaran untuk bercakap seperti tidak mampu menjawab soalan, sering mengulangi perkataan sama, tidak memahami arahan dan sukar menyatakan kehendak mereka.

6: Tidak respon jika dipanggil

Ciri-ciri autisme yang paling utama adalah rasa untuk menyendiri. Mereka seakan tidak mendengar apa yang orang lain cakap pada mereka.
Malah, mereka tidak mahu terlibat dengan aktiviti yang disertai ramai orang

7: Tiada ‘eye contact’

Tiada eye contact adalah salah satu tanda awal autisme yang anda boleh kenalpasti.
Jika anda mahukan kepastian, ketika tengah beri bayi makan, cuba senyum dan pandang matanya. Lihat bagaimana respon si kecil itu

8: Kurang senyum!

Tapi jika anak anda tidak mahu senyum atau jarang senyum, hati-hati! Lihat dengan lebih peka tentang perkembangannya. 
Malah, perhati juga jika anak sukar untuk menunjukkan ekpresi muka yang sepatutnya. Ini merupakan antara “kesukaran” yang sentiasa dihadapi anak autistik.

9: Anak tidak fleksibel

Malanak autistik juga sukar untuk melepaskan barang kesayangannya. Mereka mempunyai postur badan yang kurang normal dan lebih bersikap cuai.
Mereka juga cenderung untuk menyusun barangan kesayangan mereka berulang-ulang kali.


No comments:

Post a Comment